|
|
| Thursday, 8-May-2008 06:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Japan Day 11, 12 + 13?
|
|
oh..I'm getting lazy to finish up our travel diary so, for this entry, i'll just conclude the last 3 days in Japan. Hehe..
6 April 2008 (Ahad)
Kami masih di rumah CT di Okazaki. Pagi tu, Ct bawa kami ke Okazaki Castle. Sambil berjalan2 sekitar kawasan melihat orang penuh berhanami. Punyalah ramai manusia.. hehe..jam sana sini. Akhirnya dapat jugak parking. So, kami pun pergila.. sebelum sampai ke Okazaki Castle tu, ada la macam pesta kat park situ. Ada menari-nari, ada tembek-menembak , ada pasar siang hehe..macam-macam ada! Macam pesta betul la! hehe..

 
  


Ni la Okazaki Castle
Gosh!! I've just typed the whole story summary of 3 days, suddenly i heard click sound? Then i don't see the light at my modem and lappy 'running on battery mode message' pop up! Grrrrr!!!!!!!!!! DANISH!!!!! He had just switched off the main switch!!!! I have no mood to continue now.. so, to be continued later..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-May-2008 03:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Sayang/Daddy!!!
|
|
To my dear hubby,
Happy Birthday!!!
Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungNya selalu!
What is a Husband?
A husband is a man
you really like — and really love.
He's the closest friend
you've ever had.
His smile can make you smile,
and just his being there
can cheer you up,
no matter what goes wrong.
A husband is that special man
who shares your dreams
and helps them to come true.
He gives the special meaning
to that beautiful word — together.
I love you for all you've been,
for all that you are, for all you'll ever be to me...
I'm so glad we're spending our life together!
I love you heart & soul!
Happy Birthday with all my love!!!
Oreo Marble Cheesecake for daddy
  
Yours truly
**********************************************************************************************************************
Priceless moment!
To Daddy!
Happy Birthday!
We love you always!!!
Muahs! Muahs!
Damia & Danish
errr..sejak bila anak kita jadik 4 tu? hahahah... tu amik pelakon sampingan utk meriahkan majlis sahaja okeh!
Kek yang berlilin selamat ditiup oleh anakanda tercinta nyaris nak dicucuk2 lagi sebelum dirasmikan oleh Birthday Boy
  
  
Birthday dinner @ Primula
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 10:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Japan Day 10
|
|
Well.. seperti yang telah dikatakan dalam previous entry, the next day kami pun mulakan perjalanan ke Ski Resort.. Daddy drive melalui highway dan sepanjang perjalanan mommy sakan bersembang dengan CT sambil menikmati pemandangan yang indah..
Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam gitu.. bila dah nak dekat sampai..dah nampak putih2 salji kat atas2 gunung tu, lagi la bertambah excited kami hehe.. Damia paling tak sabar ler.. Sampai je, parking penuh gak..orang dah ramai main ski semua.. CT kata pulun sebelum tutup la tu..hehe.. then, dapat parking, kami pun apalagi..hehe.. mula la merasa yuki buat pertama kalinya dalam hidup mommy, daddy, Damia dan Danish! Hari agak panas matahari tapi sejuk..hahaha..sesekali bila angin gunung tu bertiup..brrrrr sejuk! Ni dah spring..kalau winter macam mana la agaknya hahaha..
Thanks to Fizan (belum sempat nak pi jenguk fp lagi hehe nak berkenalan di alam maya..di alam nyata tak jumpa hari tu ) Terima kasih sekali lagi sebab kami pinjam baju/kasut utk snow from depa la utk Damia & Danish.. nak beli tak berbaloi la pulak.. so CT dah bersusah payah tolong pergi cari dan pinjamkan utk budak2 ni pakai pada hari tersebut! Mujur semua muat and just nice! Thanks a lot pada tuan punya baju & kasut ya! And Ct, sebab tolong pergi pinjamkan
 
Sakan la Damia & Danish main semua.. Damia punyalah semangat dan rajin asik panjat bukit nak naik slide tu! hoho..memang tu la yang diidam-idamkan..dok tunjuk dalam tv semua..so apa yang dia tengok tu la yang dia main bersungguh-sungguh! Mujur la dia berani nak panjat naik sendiri then turun..kalau la nak kena teman harus pancit mommy/daddy naik sekali dua tu pun dah mengah nak naik sampai ke atas tu hehehe.. dah la jenuh nak berjalan dalam salji tu.


Sambil tu, kami main2 kat playarea budak-budak tu je la.. nak naik gondola naik atas..sekali dah tanya tiket semua, orang tu plak cakap takde apa atas..station atas dah tutup.. so kalau naik pun gitu aje la.. takleh nak turun semua. Sudahnya main aje lah hehe.. Then naik atas rehat2 minum kopi jap kat cafeteria dia, then daddy2 semua solat, kami turun semula bawak budak-budak main.. dalam pukul 3.30ptg kami beransur pulang...Syukur sangat..tak sangka rezeki kami, dapat melihat sakura dan jugak merasa main yuki (snow)! Alhamdulillah!
Plan asal, kami akan tidur di situ, kat company house Mado. Tapi, sebab hari masih awal, dan daddy yang drive..daddy kata ok jer nak balik pun.. so, kami pun decide untuk balik ke rumah supaya esok takde la macam rushing sgt kami nak balik ke Tokyo semula.
Tapi, sebelum sampai rumah, sempat lagi kami menyimpang ke Toki alahai..dah alang-alang lalu outlet tu kan kihkihkih... takde la borong apa pun..tengok2 ajerrrrr then, dah pusing-pusing semua, kami pun balik rumah. Ct masak dinner..mommy kemas beg2 kami yang dah sarat semua dan bertambah barang2 hoho..camne la nak angkut naik shinkansen esok!!! Harus patah bahu menggalas semua

   
The chronicles: Both mommy & Damia climb up and slide down... half way through-mommy stumble almost down..Damia turns topsy-turvy too the best part... she proudly stand up and climb up back again, but mommy? no way!!! too tired to climb up again (so the very lazy and tak kuat mommy kihkihkih)but that was really FUN! FUN! FUN!!!! PHEW!
  
  
Ni pun aturan lebih kurang mcm mommy punya kes..hehe.. seperti yang dilihat Damia telah mendahului daddy dan meluncur turun ke bawah dahulu.. Daddy tersangkut ditengah jalan tetapi kemudian terus turun meluncur kembali..Damia menang!
p/s: aiseh..pictures ada yg cerah, ada yg gelap tak nampak seputih salji... snap-snap sambil experiment mode2 yang ada..termasuk for ski&snow mode..
>>CT, gambar2 yang hang berkenan dan berkaitan dengan hang/mado/aidil/ai chan..sila lah amik okeh! Dihalalkan, don't worry!
 
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 01:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Japan Day 9
|
|
The next day...bangun semua. Pukul 8 Nakai-san dah datang nak kemas futon. Alahai..budak2 ni tidur lagi masa tu..huhu..dia kata datang balik pukul 8.30 (yer kot hahaha sebab cakap 'ayam-itik' lagi! ) then kami angkat la budak2 letak atas sofa. Dia datang kemudain kemas futon semula dan set balik table untuk siapkan breakfast.
Memang penginapan ryokan wajib sekali dengan dinner dan breakfast. Ia seolah-olah menggambarkan adat dan budaya mereka..begitulah layanan yang akan diberikan kalau datang rumah mereka..mesti siap dengan dinner dan breakfast. So, again kami persiapkan diri untuk 'FEAR FACTOR' kali kedua..hahaha..memang fear factor pengalaman makan malam tu.. suspend je apa la hidangan breakfast plak

The full breakfast set Sup ume.. Tahu yg direbus..Tahu berinti ikan dan sayur (nyummeh!!!).. Ikan bakar
Kali ni breakfast dua kali je dia bawak..takdela berat sangat macam malam tadi..haha. So, ada la ikan bakar..tahu kami pun makan le..nasi wajib ada la kan. Basically memang berkhasiat dan penuh protein makanan depa ni. Damia dan Danish makan nasi je la.. ada gak macam paket (ala-ala makanan ikan punya serbuk ) untuk budak2 makan dengan nasi. Tapi Damia dan Danish tak nak..depa lagi suka makan nasi kosong. Apa ntah nama paket tu..hehe..siap ada gambar kartun Anpanman, Hello Kitty semua..mommy ingat mainan ke apa..rupanya Nakai-san tu tunjuk mmg untuk letak kat nasi. Ct ada beritahu mommy nama benda tu tapi lupa lak.. mommy tengok ala-ala fish pellet je
Selesai makan,mandi semua kami pun terus say bye!bye! to Ryokan experience! Memang menarik dan rasa sungguh bertuah dapat rasa traditional Japanese style gitu.. kami pun siap2 dan turun bawah. Nakai-san pun ikut sama hantar kami ke bawah..settle apa yang patut.
Kenangan bersama Nakai-san kami
Plan asal kami akan ke Osaka pagi tu untuk ke USJ (Universal Studio Japan). Tapi malangnya, daddy dah buat keputusan untuk cancel the trip. Sebabnya? Mula mommy dah demam, then Damia pun teruk kena kafunsho, and now Danish plak dah kena..huhuhu..takut lagi melarat kami terpaksa lepaskan huhu mommy sedih sangat tak dapat pergi. Tapi nak buat macam mana.. The next day plan nak pergi Skijyo, so takut makin melarat kalau kami rushing dan berjalan jauh lagi hari ni.

 
Since tak jadi nak pergi Osaka, kami tinggalkan dulu beg kat reception, dan pergi keluar berjalan-jalan melihat sakura di Togetsu-kyo Bridge - Literally meaning "Crossing Moon Bridge", Togetsukyo with Mt. Arashiyama as backdrop is the symbol of Arashiyama. Riverside parks provide space for a pleasant break and great cherry blossom viewing in early April. In November, autumn colors are spectacular. .
Memang dekat sangat dengan ryokan kami.. sangat cantik pemandangan tepi bukit..dengan sungai yang besar..penuh dengan sakura. Ramai orang pergi berjalan-jalan untuk melihat sakura. Dah puas pusing-pusing, bergambar dan melihat keindahan tempat tu, kami pun pergi semula ke ryokan dan ambil beg untuk ke Arashiyama eki.

Dah tanya direction, kami pun berjalan mencari train station tu. Kena merentasi bridge tu rupanya.. so jalan dan terus berjalan.. ikut map aje lah.. kalau ikut kat sana memang takde direction dalam english ke apa..kami jalan je then sampai kat satu simpang ada signboard kecik lambang train.. so kami agak betul la tu kot..kami pun ikut arah tu. Masuk simpang kecik i.e bukan main road dah.. suspend gak betul ke tak jalan ni? tapi instinct kata betul kot hahaha.. since kami nampak gak orang dari arah depan gitu..so daddy kata mesti depa baru turun dari train. So, jalan la lagi..belok sana belok sini..ni main ikut arus orang dan instinct je kalau la orang2 ramai tu daripada tempat lain naya le kami Akhirnya, alhamdulillah sampai jugak..phew! jauh jugak rupanya! bayangkan kalau malam semalam tu, kami naik train dan turun kat situ..dengan penatnya, then nak cari jalan menuju jalan besar..nak cari ryokan dalam gelap bagai..so, kami ambil keputusan yang betul dengan menaiki taxi tapi tercekik nak bayar tu je la hehe
Station ni macam station lama la..kami pun tunjuk JR Pass dan naik densha ke Kyoto Station. Sampai di Kyoto eki, mommy call CT beritahu kami tak jadi pergi USJ,Osaka dan akan terus balik ke Nagoya. So, CT kata ok dan suruh kami terus ke Okazaki eki dan dia akan amik kat situ. Kami pun terus la naik atas tengok shinkansen untuk ke Nagoya. The next available shinkansen (Hikari/Kodama) kami naik je.... kami tak reserve any seat dah sebab lebih mudah naik non-reserve seat sebab bleh amik seat 3 tu..instead of reserve seat kami terpaksa cramp berempat kat seat 2. So, kira dah pandai la platform mana semua..then coach yang mana bleh naik..mana yg reserve/non-reserve bak kata CT, nanti once dah naik sekali sure bleh paham system train depa tu..memang betul pun! hehe
Sampai di Nagoya, kami kena naik local train ke Okazaki sebab shinkansen tak stop kat okazaki eki. So, kami pun cari train untuk ke Okazaki. Sampai di sana, CT jemput kami dan terus bawa ke Koen (park). Kat koen tu ada go-kart, game and ride untuk budak-budak semua. So, sambil berhanami kami pun bagi la chance kat budak2 ni main ride semua..since tak pergi USJ tu kan (mommy yang sedih lebih pun..budak2 mana tau apa USJ tu berbanding Disneyland tapi kalau pergi sure depa pun suka!!) Takpe..tu namanya takde rezeki
Dah puas main-main sama Aidil, Ai Chan..Mado pun amik half day haritu.. so kami terus dibawa ke kedai 100yen ni ala-ala kedai RM2 kita la..tapi barang2 dia sangat2 ok berbanding dengan kedai RM2 kat sini.. kedai pun teratur dan kemas je.. Segala barang ada. Sementara kami pilih barang, CT & co pergi ke ofis Mado untuk amik company car sebab nak naik ski resort esok. Day before ada yuki turun, so takut le kan..forecastnya akan hujan nanti.. kalau hujan ada yuki, kena la pakai chain.
Then lepas siap semua, depa amik kami kat situ dan bawa ke lagi satu kedai 100 yen dan kat area situ gak kami beli barang2 untuk masak dan bekalan untuk esok. Selesai semua, kami pun pulang ke rumah CT dan berehat2 sambil makan malam dan zzzz....
Esoknya kami akan naik Ski Resort Well, dah saki-baki yuki (snow) je kot hahaha sebab dah masuk spring.. tapi still ada kat atas gunung tu. Dan ski resort tu still buka sampai next weeknya..so kira kami pergi tu antara minggu terakhir la. In fact, hari sebelum tu CT tengok berita still turun yuki kat area tu..cuma tak banyak macam kat area Hokaido yang ala-ala ribut salji lagi hehe. Kira ok la..janji dapat merasa yuki! Well, meh nak cerita macam mana bleh ke Jepun ni
Plan asal mommy dan daddy tengok2 pakej club med ke Hokaido. Konon nak pergi masa winter haritu.. stay kat ski resort and join ski classes etc.. sebab Damia sibuk sangat nak main yuki. So, kami fikir maybe tu tempat terbaik sebab kalau budak baya Damia included dalam pakej tu depa ajar sekali semua..then kalau mommy daddy nak belajar pun boleh..basic2 ler..hehehe..teringin gak! Tu yang mula bicara tanya2 pasal Jepun kat Nor semua.. sudahnya..dari winter bertukar ke Spring which is much more exciting with the ever famous spot for sakura. Dan akhirnya begitulah rezekinya..
Ct, plak terus offer naik ski resort co house depa..and bila check date semua still available and open. So, kami pun terima pelawaan Ct & CO untuk membawa kami naik ke Skijyo! Sepatutnya Nor and family pun join tapi sebab mak buyong dah sarat Doctor tak kasik jalan jauh..so hanya kami sekeluarga dan Ct sahaja la...


  
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Apr-2008 06:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Mak!
|
|
Happy Birthday to my dearest Mak!! Happy Birthday Opah!! (from Damia & Danish)
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu! We love you always!!
It's your birthday,
But we can't be there..
but we'll send you
a special birthday wish
and a little prayer...
Have a happy birthday!
Hope that
all your birthday wishes come true..
From all of us..
Amat, Ina, Damia & Danish
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Apr-2008 00:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Japan Day 8
|
|
3 April 2008 (Khamis)
Seawal pagi, kami telah dihantar oleh CT ke eki Okazaki. Mengejar train 8.25 pagi. Yup, semua telah diatur.. Ct dah tolong kami plan our schedule utk train semua. Sampai di Nagoya, 8.56 pagi. Terus bergegas mencari platform untuk shinkansen ke Kyoto. Jadualnya kami akan menaiki shinkansen 'Hikari' 9.11 pagi dan terus direct ke Kyoto. Tiba di Kyoto terasa bahang kemeriahan.. tourist berada dimana-mana.. memang tourist spot Kyoto ni. Kami tercangak-cangak mencari Karasuma Exit. Harus bergegas mencari Kyoto Sightseeing Bus Info Centre. Plan untuk join sightseeing bus pukul 10 pagi. Kelam-kabut la mencari..setelah bertanya di info centre akhirnya jumpa..
Kami baru nak beli tiket yang telah di'booking' oleh CT. Bus dah penuh orang semua naik huhuhu.. tak dapat 'chop' seat yang best.. in fact terpaksa berpisah plak..mommy dok belakang skit dgn Danish.. Daddy ngan Damia kat depan. Since kami ada 1 hari je kat Kyoto, so mommy thot sightseeing bus at least bleh bawak pusing2 tengok bandar Kyoto tu. Jurucakap tu dalam bahasa Jepun, so kami diberi map dalam bahasa inggeris. Boleh la tengok sambil tengok kami melalui kawasan dan tempat2 yg di'cover' dalam trip tu.
  
Since kami agak kelam kabut nak naik bus last minute semua.. so takde amik gambar dengan bus betul2 anyway, sekarang dah takde kot skybus ni kat Kyoto tu sebab dia buat khas untuk musim Sakura tu.. link dia pun dah takde. Tapi yang kat Tokyo still available.. mommy akan sertakan link kat bawah nanti seperti biasa
  
Kami tak habiskan full trip, instead kami stop dan turun di Gion. Tak jauh pun dari tempat mula tadi.. sebab kami nak save time, kalau turun semula di eki Kyoto tadi kami kena cari bus untuk ke Gion pulak.
Dari Gion kami mencari arah untuk ke Gion Shinti Kobu Kabukai Miyako-odori. Pusing-pusing tengok map, cari arah tapi tak jumpa street tu sebab tak complete map kami dan nama jalan kami tak paham sudahnya mommy pun bertanya pada Polis yang ada kat situ.. sekali lagi 'ayam-itik' bercakap kali ni lebih mudah sebab mommy tunjuk nama tempat semua yang mommy print tu kat dia. Basically dia dapat faham kat mana kami nak pergi dan terus bagi direction.. Kami pun meneruskan misi!
Berjalan dan terus berjalan..phew! mujur la sejuk. Kalau kat Msia, sahih dah tak larat melalui kedai2 di sekitar Gion, harap2 dapat nampak kelibat Meiko/Geisha tapi jangan harap le..hahaha baru pukul 12 lebih gitu Puas berjalan dan siap terlajak lagik..adei! (buang tenaga sungguh! huhu) dah patah balik, akhirnya kami pun berada dilorong yang benar.. wah! cantik sangat lorong ni.. sungguh tradisi. Kami terus berjalan hingga ke hujung dan jumpa la bangunan yang kami tujui.
  
Hajatnya nak menonton Miyako-Odori - Cherry Blossom Dance
| Quote: |
Welcome to the 136th Presentation of the MIYAKO ODORI- Our traditional Spring Dance Festival in the heart of Kyoto's historic entertainment district, Gion.
Beginning in 1873 the Kaburenjo Theater has been the setting for this vibrant cultural gem and this year our proud legacy will continue to captivate audiences from Japan and around the world.
We hope you can visit and enjoy the unique brilliance of this timeless diamond set amidst the jewels of Kyoto,"The Ancient Capitol"!
Source: http://www.miyako-odori.jp/miyakoodori/english.html
|
  
Kalau dah ke Kyoto, wajib la nak tengok Geisha..tapi memandangkan jadual kami yang padat, tak dapat la nak berlegar2 di Gion tu waktu malam. So, since ada show ni yang hanya ada waktu spring, so kami pun excited nak tengok. Hajatnya nak tengok dan join tea-ceremony sekali sebab bleh jumpa Geisha in person..tapi malangnya semua tiket sold-out! yang ada cuma free-seating tiket.. itupun setelah penat kami berkejar2 dari Nagoya lagi semua.. nak tengok show pukul 12.30, sekali sampai situ semua tiket sold-out!

Pening dah mommy tak tau nak pergi mana. Janji dengan Nesh (kohai CT) nak jumpa kat situ lepas show. Yang ada cuma pukul 2. Dalam pada nak berbincang dan contact Nesh semua, so, Nesh kata ok. Bila tanya balik nak beli pukul 2, aiseh! dah habis la pulak! hoho..rupanya dalam masa beberapa minit tu, kami nampak beberapa orang dok pergi kat kaunter tu..sudahnya habis! Adei! so, mommy pun kata..dah takde rezeki kita! So, kami pun keluar dari tempat tu jalan kat luar tu, jumpa public phone. So, call Nesh kata cancel semua.. sekali Nesh kata, ok tengok pukul 3.30, sementara tu pergi Kiyomizu-dera dulu. hoho.. so, mommy berlari2 masuk semula (kes takut tiket habis lagi hehe) dan akhirnya dapat 3 tiket (mommy, daddy, Nesh) untuk tonton show 3.30.
   
  
Kami tunggu Nesh sampai dengan taxi dan terus join naik taxi tu ke Kiyomizu-dera, tempat wajib pergi kalau ke Kyoto! Hohoho...ramainya umat manusia!!!! jalan nak naik ke atas tu dah le mendaki bukit! Adeii!!! memang mengerah tenaga sepenuh hati! Dengan dukung Danish (dia tak nak naik stroller okeh!!) termengah2 mommy bila sampai atas tu..
| Quote: |
Kiyomizudera ("Pure Water Temple") is one of the most celebrated temples of Japan. It was founded in 780 and remains associated with the Hosso sect, one of the oldest sects within Japanese Buddhism. In 1994, the temple was added to the list of UNESCO world heritage sites.
Kiyomizudera stands in the wooded hills of eastern Kyoto and offers visitors a nice view over the city from its famous wooden terrace. Below the terrace, you can taste the spring water, which gives the temple its name and which is said to have healing power.
Source: http://www.japan-guide.com/e/e3901.html
|
  
   
Memang cantik!!! penuh dengan sakura!!! Tak dapat digambarkan keindahan tempat tu. (Kagum dengan sakura lerr yang penuh mekar!) Kami pun naik dan terus naik.. Damia dah memang tak larat.. so dia macam tak nak jalan.. mata berair-air semua. Hari panas..so debunga tu memang banyak ler berterbangan. Lagi bertambah simptom 'kafunsho' (hay fever). Daddy mula nak stay je, tapi kami pujuk2 gak supaya Damia join sekali. Banyak kali gak le stop hehe..kesian Nesh! tak larat huhu..dengan kendong Danish, beg.. heret stroller, Damia lagi..hoho..orang pulak ramainya masyaallah! Sebab memang a very good day utk view sakura! Cuaca pun cantik.
 
Siap semua sampai ke atas dan sessi bergambar bagai.. kami pun turun balik ikut jalan lagi satu..(kira macam satu pusingan la..) memang cantik! Sampai kat bawah, sekali..."eh, daddy mana beg?" Ya Allah! dengan muka pucat daddy raba-raba belakang dia takde beg yang disandang! hoho! jenuh ingatkan semula, kot tertinggal kat satu spot kami berhenti utk bergambar tadi. So, daddy terus berlari track semula jalan kami tadi.. hoho..mind you! bukan dekat okeh!!! Mommy pun dah gabra masa tu.. laptop, baju2 kami utk sehari, dan ada jugak beberapa puluh yen dan dalam 300+usd dalam purse mommy kat dalam tu!
Dalam tak keruan tu, Nesh dengan tenang tanya.."kak, cuba kita ingat-ingat semula.. tadi yang kita cari2 abang tu, rasanya dia dah tak pakai beg tu kan?". "Aha..yer la kat mana ek?" "Kat depan ni rasanya.. akak tunggu sini, saya cari ikut depan pulak" "Ok!"
So, daddy pergi track ikut jalan belakang, Nesh ikut pintu masuk tadi semula. Mommy tunggu kat situ dengan Damia & Danish. Tak lama lepas tu, Nesh datang dgn menggalas beg Deuter hitam itu!!! huhuhu..."kak, ni ke beg tu?" "HA!!! Yes! Awak jumpa kat mana?" "Kat tempat kita amik gambar tadi, yang masa American tu tolong amikkan gambar kita semua" Ya Allah syukur!!! mommy check semua still ada. Beg tu memang terletak je kat situ..takde siapa peduli pun! That's the beauty of people in Japan! banyak cerita yang mommy dengar pasal hilang purse/beg semua ni dari Ct/Nor..so far semua memang dapat balik dan cukup isi dalam.
Mommy minta Nesh tunggu budak2 sementara mommy berlari mencari daddy semula..woohooo! again mommy memerah tenaga berlari hingga ke tempat 'air bukit yang diminum utk cerdik pandai dan sebagainya' tercangak2 mommy mencari tapi tak nampak kelibat daddy.. nak terus berjalan menaiki bukit mengikut jalan kami tadi mommy tak terdaya dah.. sebelum patah balik, mommy ternampak bayang daddy sayup2 turun dari bukit. So, terus mommy pergi dapatkan daddy dan beritahu dah jumpa etc.
Akhirnya kami pun turun dari situ.. nak turun tu kami bertembung dengan 'Seiryu' procession-
| Quote: |
which is a sacred dragon guarding the east side named Higashiyama, where Kiyomizu-dera is located. In fact, Seiryu is considered as the incarnation of Kannon, enlightened being of Marcy and Compassion, mainly worshiped in Kiyomizudera.
Seiryu has been revered so much because it has been watching out Kyoto day and night without any rest to make sure people don't suffer from misfortune.
For the deep appreciation to Seiryu, a Buddhist ritual called Kiyomizu-dera Seiryu-e started 7 years ago. It is the dragon procession going around the temple and its main approach. It is held in spring and autumn; March 15, 16, 17, April 3, September 15, 16, and 17.
The image of Seiryu was all designed by Emi Wada as her dedication, and was constructed with donation and cooperation from Kyoto-based traditional arts craftmen.
Source: http://www.kyoto.travel/events/kiyomizudera_seiryue.html
|
  
Sampai bawah, kami terus tahan taxi dan dengan pemandu taxi yang memandu ala-ala F1 serius scarry! hahaha..terus kami di bawa ke tempat utk menonton Miyako Odori tadi.. phew! sampai je orang semua dah masuk dan penuh.. kami duduk kat atas dan tepi sekali..
Walaupun tak paham sepatah haram yang dilagukan or diceritakan..tapi surprisingly Damia dan Danish pun tengok dengan diam dan tekun memang cantik!
Selesai show, harap2 dapat jumpa Geisha ke Meiko, tapi takde. So, kami pun berjalan turun ke Sanjyo. Nesh bawak ke kedai 'pakcik' dia..hehe.. beli la barang2 sikit. Dan daddy? hoho..tanpa mommy sedari daddy dah pun selesai urusan jual beli satu set pedang samurai kat 'pakcik' Nesh tu! Memang cantik..kat dalam siap engraved semua.. Menurut 'pakcik' tu dia bagi surat nanti kata tu bukan real sword, so far ramai orang just tunjuk surat tu akan lepas le kastam. Nak angkut macam mana? hoho.. pening! dengan beg, stroller, budak2 lagi.. sudahnya jalan terbaik..kami pun option untuk barang2 tu di courier ke rumah Nor terus. (thanks Nor!) dan mengikut perkiraan hari, dapat sampai sebelum kami bernagkat pulang nanti.
Pedang samurai daddy
Pusing-pusing lagi mencari kimono yang dipesan..malangnya sebab bukan musim, semua harga masyaallah... kimono budak pun phew! ratusan nak ke ribu duit kita! Sebab dah lewat, kami harus segera check-in Ryokan, kami pun terpaksa beransur keluar dari situ. Sepatutnya kami kena naik bus ke Kyoto eki semula dan dari situ naik train ke Arashiyama. Tapi dek kerna satu hari suntuk kami dah berjalan dan berlari semua..semua pun dah keletihan. Budak2 ni lagi la.. so terpaksa la naik taxi. Taxi di sana sangat mahal..tapi nak buat macam mana.. memang tak larat dah nak mengejar bus dan train lagi. Kami berpisah di situ dengan Nesh! Terima kasih banyak2 Nesh sebab bawak kami jalan2 Kyoto! Tanpa bantuan Nesh pasti kami akan lebih lambat dan tercari2 sepanjang masa Tak sempat apa kami terus masuk dalam taxi..mommy sempat capai beg dan beri brownies kami pada Nesh..hehe. Sorry ya dear, nanti balik Malaysia kami bawak pi makan2 ngan kak CT and family sekali okeh! Thank you very much again!!! hope that we can meet again!
Sampai di Togetsutei Ryokan (Ryokans are accommodation facilities which are imbued with the traditional culture of Japan. Experience the elements of Japanese culture and customs: living in a room with Tatami (straw mat) flooring, changing into a typical Yukata (robe) after taking an Onsen hot-spring bath, sleeping on a Futon (bedding) put down directly on the Tatami floor, and etc. in a ryokan, a traditional Japanese hotel.
Kami disambut sejurus selepas turun dari taxi. Sampai je, kami diminta buka kasut dan memakai slipper yang disediakan..termasuk untuk Damia & Danish. Kami pun selesaikan segala urusan check-in..Nakai-san sudah tersedia menunggu kami. The room maid, who also serves as an attendant, is in charge of several guest-rooms and offers a multitude of services to the guests relaxing in their rooms. There is very little difference between a room maid and an attendant, and in rather small ryokans, this room maid is often in charge of general services for guests, from receiving the guests to seeing them off upon their departure. Attendants and room maids who are dressed in kimono are called"Nakai-san"by the guests, and are renowned for their meticulous attention that only women can provide
Nakai-san kami pun bawa barang kami dan terus ke bilik kami. Memang sesuatu yang baru dan menarik! Memang mommy sengaja mencari ryokan untuk rasa bagaimana tradisi Jepun berbanding normal hotel. Kami dilayan sepenuhnya oleh Nakai-san kami..
Bermula dengan welcoming 'macha' (green tea) dan kuih (tatau la kuih apa..kihkih). Kemudian, pukul 8 kami pun mula la dihidang dengan Kaiseki dinner.
5 kali Nakai-san tu datang bawa satu course lepas satu course! hahaha... memang menarik! Sebelum tu Ct dah call pihak Ryokan request 'No Meat at all!'. Dan waktu check-in tadi pun mommy dah beritahu sekali lagi dan mereka kata ok! So, dinner kami memang based on seafoods!
Dan semua pun fresh!!! termasuk tahu yang memang terkenal di Kyoto! Sangat sedap!!! And for the first time, mommy telan ikan mentah, udang mentah dan juga siput (yer kot!) mentah!!! hohoho...
Ingat nak buka bekal sambal, but since dah ada kat situ, we should 100% try the meals the original way! Kami pun cuba la satu persatu.. macam2 ada! Kalau tak larat nak telan mentah buleh jugak direbus dalam air yang disediakan tapi bila lagi nak cubakan! And absolutely interesting! Tak bau apa dan tak rasa hanyir semua hehe.. in fact mommy ni bukan jenis orang yang suka benda2 mentah ni..hehe.. tapi i really have to try at least once in a lifetime! Sushi pun kalau kat Msia ni mommy tak gi makan but alhamdulillah..semua kat sana mommy cuba dan boleh telan! Ikan tu pun ala-ala kenyal gitu! I really have to try kan! sana semua fresh!
Related links:
http://www.skybus.jp/English/index.html
http://www.togetsutei.co.jp/guide/index.html
http://www.kyoto.travel/events/kiyomizudera_seiryue.html
http://www.kyoto.travel/
http://www.miyako-odori.jp/miyakoodori/english.html
http://www.japan-guide.com/e/e3901.html

|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Apr-2008 01:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Japan Day 7
|
 |
|
fuji san
|
|
|
2 April 2008 (Rabu)
The next day, breakfast kat hotel. Kami takat makan roti, telur, tomato pasta kat kid's corner dan buah je le.. lain-lain semua japanese style food yang kami tak berani nak try sebab tak tau bleh ke tak.. mana yang dia tulis ham semua tu sahih la tak bleh kan. Well, memang betul as what Nor & CT beritahu kami, roti pun kena hati-hati sebab ada shortening. Tapi dalam kes kami ni, bukan kami reti nak baca pun ingredients semua tu. Lain la those yang pernah duduk sana dan study dan tahu japanese. Rasanya kat lain tempat (Europe etc) pun macam tu jugak tapi kes lain sbb kita bleh baca ingredients. Walaubagaimana pun, kami dah cuba sebaik mungkin.. kalau beli roti memang kami beli masa dengan depa so that they can check the ingredients for us. Sama macam makanan lain. Mommy siap minta Nor tuliskan lagi in Japanese satu note untuk tunjuk pada orang kedai in case kami nak beli food etc. Dari segi benda yang terang2an buleh la kami tunjuk note tu i.e daging etc tapi kalau sampai ke shortening haiwan semua jenuh le pulak kami nak suruh orang kedai tu check. So, roti biasa kami beli masa dgn Nor/Ct, except for beli roti pita kat Asakusa tu je la, dah kebuluran masing2 mujur hamba Allah tu nak jual kat kami. Tu la cabaran di sana..tapi alhamdulillah. Islam itu indah. Banyak guidelines dan fatwa untuk Muslim yang tinggal di negara sebegitu..Thanks to CT dan Nor yang banyak membantu kami..
  
  
Sempat lagi Damia try role play kat situ..
So, sambung cerita.. kami pun check-out lepas breakfast, terus ke Maihama station ke Tokyo. Dari Tokyo kami akan menaiki shinkansen ke Okazaki, Nagoya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam45min. First time naik shinkansen untuk jangkamasa lama ni..
Sampai di Tokyo station, kami pun mencari konbini untuk membeli bento (bekal) makan dalam shinkansen sebab waktu lunch dah nanti takut budak2 lapar. So, pergilah intai-intai dan tercangak-cangak kepala mommy bak sang zirafah ish..cantik2 tau bekas bento depa ni..presentation pun menarik. Tapi tu belum tentu boleh makan sudahnya mommy pun keluarkan la 'nota sakti' yang telah ditulis oleh Nor. Orang kedai tu pun baca..then dia pun tunjuk la beberapa option (sikit je ) bento yang takde sebarang daging. Kami pun pilih satu je..kihkih karang beli banyak tak makan bazir le pulak..udah le satu bento tu 830yen = dalam 24rm+ duit kita le.. Kat station banyak jual bento sebab memang depa makan sementara dlm shinkansen menuju ke destinasi.
   
Lepas tu masuk konbini, mommy cari onigiri gak..aiseh! macam2 plak sampai pening hehe.. sudahnya sekali lagi 'nota sakti' mommy tunjukkan pada staff kedai tu. So, dia tunjuk la mana2 yg takde letak langsung apa jenis daging pun! hehe.. belek punya belek udahnya tak jadi beli. Sbb daddy kata dia kenyang lagi makan kat hotel tadi. So, kami beli air aquarius dan air vitamin je! hoho..sangat sedap okeh! rindunya!!! suka sangat! air aquarius tu ala-ala air 100plus tanpa gas! budak2 pun boleh minum sebab no sugar added. In fact Nor kata kalau budak2 demam Doctor akan suruh bagi minum air tu je kat anak-anak. function mcm kalau masuk drip tu..
  
We travel like a backpackers.. ni lah yang jenuhnya. Memang penat berjalan ke sana sini, dengan anak-anak lagi..dengan beg & stroller. Sungguh mencabar.. nak bawak beg beroda susah plak nak handle anak-anak sambil nak tarik bag. So, the safe way memang kena backpack! So that we have handy hands to control our kids! Such an experience and challenging travelling mcm ni..all this while holiday pun sewa kereta but this time its different!
Siap semua, kami pun terus mencari shinkansen ke Anjyo dan tunggu kat waiting area. Luas dan selesa sangat shinkansen tu..seat bleh recline..tempat kaki luas. Bleh tidur semua la.. hehe. Tapi kami tak tidur sepanjang perjalanan, sebab excited tengok pemandangan. Kami naik k | |